Land & General Berhad (L&G) telah menganjuran cabaran The Rice Bucket bersempena sambutan Hari Makanan Sedunia.
Pada program itu, L&G telah menyumbangkan sebanyak 25 kotak barangan keperluan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik.
Penganjuran program itu selaras dengan visi dan slogan L&G iaitu Bulding Value For Tomorrow.
Aktiviti itu diadakan di Damansara Seresta, Bandar Sri Damansara dan telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Land & General Berhad, Low Gay Teck.
Low Gay Teck (tengah) dan kakitangan Land & General bersama barangan keperluan yang disumbangkan kepada golongan kurang bernasib baik di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Source: Utusan Malaysia